Hiburan

“Tak Payah Solat Jumaat, Zohor Kat Rumah? Kalau Macam Tu Tak Payah Pergi Kerja Dan Sekolah, Kerja Dan Sekolah Kat Rumah je.. ,” – Rita Rudaini

Selebriti cantik popular,Rita Rudaini tampil membangkitkan isu berkaitan pembatalan mendirikan solat Jumaat di masjid di Perlis hari ini.

Soal Rita, keputusan itu semacam tidak relevan apabila sebaliknya digantikan dengan solat zohor di kediaman masing-masing.

“Mmm… Macam tak kena ja, tak payah pergi solat Jumaat, Zohor kat rumah?

“Kalau macam tu pejabat tak payah pergi, kerja kat rumah saja. Sekolah tak payah pergi, sekolah kat rumah saja. Macam mana?

“Jangan takut pergi masjid kan tempat selamat. Lepas solat Jumaat ramai-ramai tu buat solat hajat pula, doa ramai-ramai.

“Solat Jumaat kan lebih baik… mmm, entahlah. Mufti Perlis lebih ‘arif’ kan?” tulis Rita menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat.

Solat Jumaat di seluruh negeri Perlis dibatalkan dan digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing selepas mengambil kira situasi semasa akan C00OVID-19.

Keputusan itu diputuskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Negeri Perlis (MAIPs) menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Ia diputuskan selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Selain Perlis, perintah sama turut dilaksanakan di negara jiran, Singapura.

Seperti biasa,ruangan komen Instagram pelakon yang popular menerusi filem Mami Jarum itu dihujani pendapat daripada netizen yang menyokong dan mengeecam pandangan Rita.\

Artikel dari astro gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *