Infomaklumat

Amalkan doa ini setiap hari, insha Allah perniagaan akan makin bertambah maju dan laris

Selain mengamalkan dan membaca Ayat 1000 Dinar, bagi yang menceburi bidang perniagaan tidak kiralah online bisnes, offline, direct selling atau perniagaan restoran makanan.

Eloklah mengamalkan ayat-ayat dari Surah Faathir, ayat 29 dan 30. Makna pada terjemahannya cukup baik dan indah sekali. Tidak payah lagi mencari p3laris yang belum pasti kebenarannya dan tidak bercampur aduk dengan si hir. Takut-takut disebabkan p3laris itu. Aqidah kita boleh terp3song. Yang m3lariskan adalah kehendakNya dengan daya usaha sendiri yang diberkati oleh Allah SWT. Minta dan mohon kepadaNya dengan membaca ayat-ayat tersebut.

Kelebihan Berniaga Menurut Islam

Dapat menjalinkan hubungan silaturahim dari kalangan rakan-rakan peniaga, pembekal-pembekal, dan para pelanggan.
Dapat memberi khidmat dan bakti secara langsung kepada masyarakat.
Terdapat unsur-unsur kerjasama dan peluang serta keperluan untuk bekerjasama di antara peniaga, pembekal dan pelanggan.
Ada sikap tolak ansur, iaitu satu sifat terpuji yang sangat dianjurkan oleh Islam.

Membantu dan memudahkan umat Islam mengurus dan mendapatkan keperluan hidup terutama barang makanan dan minuman yang halal sangat dipandang tinggi dan dituntut dalam islam.
Dapat menyelamatkan barang keluaran umat Islam sama ada hasil pertanian, hasil ternakan dan lain-lain dengan mengumpul dan memasarkannya. Sekiranya tiada usaha begini akan menyebabkan barangan itu rosak dan terbuang seterusnya timbul pembaziran sangat dilarang. Menjauhi dan mengelak pembaziran adalah satu kewajipan.
Dapat meperoleh banyak ilmu dan pengalaman melalui perniagaan sama ada di bidang pengurusan, perakaunan, produk sehinggalah mengenali cara hidup dan masalah manusia dan lain-lain lagi. Mencari ilmu dan pengalaman seperti ini sangat dituntut oleh Islam.

Berlatih untuk bersabar dan berlapang dada dalam menghadapi pelbagai kerenah manusia. Orang yang sabar akan diberi pahala oleh Allah tanpa hisab.
Berniaga adalah salah satu cara untuk memaju dan meningkatkan ekonomi umat Islam. Ia merupakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Tuhan di muka bumi ; supaya mereka dapat melihat kebesaran Tuhan, serta dapat dibesarkan dan dinikmati segala nikmat dan anugerah-Nya agar manusia boleh bersyukur dan mendapat pahala pula diatas kesyukuran mereka itu.
Berpeluang mengeluarkan zakat perniagaan. Dengan itu salah satu rukun Islam dapat ditunaikan dan mewujudkan salah satu sumber atau saluran untuk membantu fakir miskin dan golongan yang memerlukan.

Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan untuk manusia sebagai sumber mencari rezeki. Sekali gus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Ertinya, dengan adanya perniagaan, tenaga manusia tidak dibazirkan dan manusia itu boleh jadi produktif dengan mengeluarkan hasil untuk faedah manusia lain.
“Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.”

Terjemahannya:

Ayat 29

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

Ayat 30

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

Ramai orang Melayu cuma mengamalkan doa-doa pelaris beserta ayat-ayat suci Al-quran hanya ketika melakukan perniagan mereka sahaja, tetapi amalan-amalan wajib lain ditinggalkan. Bagaimana nak maju dalam perniagaan jikalau macam ni! Jadi jangan tinggalkan yang wajib untuk mendapatkan rahmatNya.

Sumber : majalahilmiah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *