ISU SEMASA

“Lucut hak tanah pemilik gagal bayar cukai” – Menteri Besar Selangor

Pemilik tanah yang gagal membayar cukai bakal berdepan risiko kehilangan hak milik dan dikembalikan kepada pihak berkuasa negeri, kata Dato’ Menteri Besar.

Justeru, Dato’ Seri Amirudin Shari meminta pemilik tanah segera segera berbuat demikian dan menggesa pentadbir tanah daerah memberi peringatan serta notis pada atau sebelum 31 Mei setiap tahun.

“Jika gagal dan tertunggak selama tiga tahun, maka proses menuntut kembali tunggakan perlu dibuat melalui Notis 6A, malah rampasan tanah melalui Notis 8A boleh dilaksanakan seperti termaktub dalam Kanun Tanah Negara 1965,” katanya pada sidang media sempena Karnival Tanah Selangor 2020 di Bilik Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor, di sini semalam.

Mengulas karnival yang bakal berlangsung pada 14 dan 15 Mac di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Amirudin berkata acara julung kali memberi peluang kepada pemilik tanah membawa isu berkaitan cukai atau petak untuk dikemukakan kepada kaunter khidmat nasihat.

“Bagi memberi pencerahan, pengisian program juga membabitkan ceramah mengenai pindah milik tanah, program kilang tanpa kebenaran dan pusaka kecil,” katanya.

Selangorkini.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *