Hiburan

Aliff Syukri Minta Maaf Pada Semua, Tak Mahu Ada Masalah Dengan Orang

Menerusi rakaman video berdurasi 15 saat itu, penyanyi Bobo Di Mana itu menyatakan permohonan maaf andai ada menyakitkan hati selain dia tidak mahu mempunyai masalah dengan sesiapa.

“Kepada semua, saya nak minta maaf kalau ada menyaakitkan hati korang, menyebabkan korang tak suka pada saya. Saya minta maaf banyak-banyak.

“Saya tak nak ada masalah dengan orang, maafkan saya,” katanya.

Bagaimanapun bapa kepada lima cahaya mata itu tidak pula menyatakan secara terperinci fokus isu permohonan maaf yang dibuat.

Terdahulu, Aliff telah didakwa memuuukul anak angkatnya yang berusia dua tahun, sebagaimana yang diperkatakan apabila laporan polis mengenainya tular di media sosial.

Dalam laporan polis yang dibuat, mangsa dikatakan telah dipuuukul menggunakan tangan dan kasut serta dicuubit hingga meninggalkan kesan.

Menerusi laporan media tempatan, Aliff menyerahkan perkara itu kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Saya minta maaf sebab tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini kerana ia sudah menjadi kes polis.

“Biar mereka membuat siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera,” katanya seperti yang dipetik.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menyerahkan sepenuhnya kepada polis susulan dakwaan suaminya itu dikaitkan dengan kejadian memuuukul anak angkat mereka.

“Kalau betul salah, biar polis ambil tindakan,” katanya yang baru sahaja pulang dari tanah suci bagi menunaikan umrah.

Foto: Instagram Stories Datuk Seri Aliff Syukri via mediahiburan malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *