Hiburan

“Pengalaman Allah nak tunjuk, saya rasa nikmat kehidupan sebenar”

SEHARI selepas dibebaskan dengan ikat jamin kerana dituduh menipu seorang peniaga, isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi berkongsi pengalaman bermalam di lokap.

Cerita Noorainul Naqim atau lebih dikenali sebagai ‘Dr Erin’, 40, dia mengikut segala prosedur tersebut dengan hati terbuka tanpa rasa malu.

“Assalamualaikum, kepada semua yang bertanya… Alhamdulillah saya okay. Saya terima semua prosedur dengan hati terbuka tak ada rasa malu atau takut.

“Walaupun dua malam dalam lokap saya berasa nikmat kehidupan yang sebenar. Kalau nak diikutkan makan nasi kosong dengan ikan jaket tak ada apa sangat.

“Pengalaman Allah nak tunjuk, ujian kita ini kecil sangat nak dibandingkan dengan kawan-kawan dekat dalam sana tu. Yang dekat dalam tu tak semuanya bersalah selagi dia tidak didapati bersalah,” katanya

Noorainul Naqim menulis mengenai penahanannya itu menerusi Instagram pada Khamis.

Usahawan yang juga isteri kepada juara program Da’i musim kedua itu dihadapkan ke Maahkamah Majiistret Kuala Lumpur pada Rabu lalu atas tuuduhan meniipu seorang wanita.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersaalah di hadapan Majiistret, Wong Chai Sia.

Berdasarkan pertuduhan, tertuuduh didaakwa mendorong Norsiha Aala, 48, untuk menyerahkan wang tunai RM10,050 bagi mendapatkan sijil halal dan pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk produk miliknya.

Tertuduh didaakwa melakukan kesaalahan itu di 9-2-1 Kelompok Nuri B, Taman Keramat, Wangsa Maju, pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018.

Dia didaakwa melakukan kesaalahan itu mengikut Seksyen 420 Kaanun Keseeksaan (KK) kerana meniipu, sabit kesaalahan boleh dihuukum penjaara antara setahun hingga 10 tahun dengan sebaat serta denda.

Sementara itu, Noorainul berkata dia percaya segala kebenaran akan terbukti dengan izin Allah.

Malah, pengalaman sepanjang menjadi taahanan di lokaap turut membuka matanya mengenai kehidupan sebenar di sebalik tirai besi.

“Terima kasih kepada beberapa orang yang menjaga saya semasa di dalam lokap dengan baik walaupun ada beberapa perkara yang Allah nak tunjuk pada saya. Kalau tak masuk dalam saya tidak tahu begitu keadaan sebenarnya.

“Undang-undang di Malaysia ni apabila kita ada kuasa kita boleh buat apa sahaja. InsyaAllah tiada undang-undang, tiada mahkamah yang dapat mendustakan kebenaran apabila Allah ingin kebenaran dizahirkan.

“Saya bukan siapa-siapa tapi Allah letakkan dengan cara ini. Saya terima dengan reda dan ikhlas. Apa-apa saya berserah pada nasib. Terima kasih kepada semua yg mendoakan saya, saya tahu tak semua rakyat Malaysia makan dedak,” ujarnya.

Sumber : mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *