Infomaklumat

Yatt Hamzah kongsi ilmu mengenai cara pemakaian Muslimah yang betul mengikut tuntutan Islam

Ramai kaum muslimah yang seakan ambil enteng berkenaan isu menutup aurat, bagi segelintir mereka sudah memakai tudung dan tidak memakai skirt sudah dikira sempurna. Tapi sebenarnya menutup aurat bagi seorang wanita ada caranya yang perlu dipatuhi. Sebab itu perlunya ilmu

Menerusi perkongsian dari blog hiburan, media hiburan ada berkongsikan cara pemakaian muslimah yang betul mengikut tuntutan islam. selebriti cantik molek, yatt Hamzah tidak lokek ilmu untuk berkongsikan ilmu yang sangat berguna ini buat kita semua.. Jom baca perkongsian ini..

“Bertudung belum dikira menutup aurat? Bagaimana dikira menutup aurat?

“Yaaa belum dikira menutup aurat kalau pakai tudung setakat tutup kepala tapi nampak rambut, telinga, leher, dada dan mcm2 lg yg sengaja dinampakkan. Kpd yg masih tak tahu atau keliru jom sama2 baca terjemahan ayat2 Quran di bawah. Semoga bermanfaat,” kongsi Yatt.

“Dalam Al Quran surah Al Ahzab ayat 59 menjelaskan bahawa pakaian taqwa seorang wanita adalah melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Jadi jika hanya sekedar menutup bahagian kepala sedangkan bahagian bawah dagu, dada, betis, kaki dan sebagainya terdedah bagi memperlihatkan perhiasan mereka, maka hukumnya tetap haram dan berdosa. Memakai tudung dengan mendedahkan aurat lain seperti menampakan susuk badan dan seluar ketat atau sebagainya dengan alasan mengikut fesyen juga dikira tidak menutup aurat dan bukan pakaian takwa yang diperintahkan oleh syarak.

“Dlm Surah An-Nur ayat 31, Batasan aurat wanita ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan,” akhirinya.

Disamping itu juga, Yatt hamzah juga sentiasa berkongsi ilmu mengenai kehidupannya di instagramnya.

Salam 1 Rejab 1441H. Banyakkan berdoa krn malam ni antara 5 malam yg Mustajab Doa. Dan setiap kali masuk bulan Rejab dan bulan2 lain, pasti ramai yg share ttg hadis2 tanpa check dlu hadis itu Sahih atau palsu. Ni adalah contoh Hadis yg sgt terkenal dan selalu viral bila masuk shj bulan Rejab dan bulan2 lain.

مَنْ يُبَارِك الـنَّاسَ بِهَذَا الشَّهْرِ الفَضِيْلِ – يَعْنِي رَجَب – تَحْرُم عَلَيْهِ النَّار

Maksudnya: “Barangsiapa yang memberitahu akan kemasukan bulan (1 Rejab) yang mulia ini kepada orang lain, maka haram baginya api neraka.”

Apakah STATUS HADIS ini? SAHIH ATAU TIDAK?

Berdasarkan soalan di atas, hadith di atas adalah PALSU PALSU PALSU dan tidak diketahui asalnya daripada kitab-kitab hadith yang muktabar. Ini merupakan salah satu pendustaan yang direka dan disandarkan di atas nama Nabi SAW. Bahkan, hadith ini juga turut digunakan pada bulan-bulan Islam yang lain seperti Zulhijjah, Sya’ban, Ramadhan, Muharram dan sebagainya. Kesemua hadith yang menceritakan tentang kelebihan memberitahu akan kemasukan awal bulan-bulan Islam ini adalah palsu. Justeru itu, penyebaran hadith ini perlu dihentikan dengan serta-merta sama ada melalui meja-meja penceramah dan juga media sosial serta ia tidak boleh lagi disebarkan melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya.
(SUMBER DARI LAMAN WEB RASMI MUFTI WILAYAH.PERSEKUTUAN)

SO HADIS INI ADALAH PALSU DAN BRG SIAPA YG MENYEBARKAN KEPALSUAN DGN MENGGUNAKAN NAMA RASULULLAH MAKA TEMPATNYA ADALAH NERAKA JAHIM.
NAUDZUBILLAH.. .

Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini.. Insha Allah

Sumber dipetik dari media hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *