ISU SEMASA

Pakatan Harapan kecam tindakan polis siasat Marina Mahathir

Pakatan Harapan (PH) mengecam tindakan polis menyiasat tiga aktivitis terlibat dalam perhimpunan Perhimpunan Selamatkan Malaysia, Tolak Pengkhianatan di Dataran Merdeka 1 Mac yang lalu termasuk seorang individu yang didakwa memuat posting didakwa menghasut menerusi laman sosial.

Tiga aktivis yang dimaksudkan ialah anak perempuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Datin Paduka Marina, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Fadiah Nadwa Fikri.

PH mendakwa tindakan tersebut bertentangan dengan nilai kepimpinan pentadbiran parti itu sebelum ini dalam masa yang sama juga dilihat melanggarkan hak demokratik rakyat.

“Pihak berkuasa kelihatan tangkas bertindak bertentangan dengan nilai-nilai yang selama 20 bulan lalu telah cuba dipupuk oleh kerajaan PH. Ini adalah amat dikesalkan.

“PH menegaskan bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak demokratik untuk berhimpun dan menyatakan bantahan mereka, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada,” kata Majlis Setiausaha PH menerusi kenyataan hari ini.

Perkembangan terbaharu ini ujar parti berkenaan hanya akan memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan yang baru tertubuh 1 Mac yang lalu.

“Pihak berkuasa diminta bertindak dalam dengan cara yang tidak menjejas hak demokratik rakyat Malaysia, dan mengelak dari terjadinya persepsi kacau ganggu terhadap ketiga-tiga individu tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Marina Mahathir

Polis dilaporkan telah membuka kertas siasatan terhadap mereka yang terlibat dalam Perhimpunan Selamatkan Malaysia, Tolak Pengkhianatan pada Ahad yang lalu.

Perkara itu diumum sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Abdul Hamid juga dalam masa yang sama memberitahu, polis akan mengambil keterangan pemilik akaun Twitter Fadiah Nadwa Fikiri @Fadiah Nadwa yang memuat naik status mempunyai unsur hasutan.

Antara yang membidas tindakan polis adalah bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga mantan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin berpendirian bahawa demontrasi secara aman adalah sebahagian daripada hak rakyat untuk membantah atau menyatakan pandangan mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.- MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *