ISU SEMASA

“Saat adikmu dihina dan dicaci, kau tiada bang… tiada bersama aku” – Ali Puteh sedih, rindukan arwah Abam

PEMERGIAN Allahyarham Abam Bocey memberi tamparan besar buat pelawak Ali Puteh yang terpaksa berhadapan dengan kecaman dan tohmahan netizen secara sendirian.

Bagaimanapun Ali, 31, berkata dia percaya arwah abangnya ‘melihat’ segala yang terjadi dan oleh yang demikian dia perlu lebih kuat mengharungi dugaan demi keluarganya.

“Kau pergi selamanya dan tak akan kembali. Saat adikmu dihina dan dicaci semua orang, kau tiada bang… kau tiada bersama aku.

“Tapi aku tahu kau melihat semuanya abang! Adikmu ini sekarang kuat bang… kuat demi keluarga kita dan kuat demi segalanya.

“Biar dihina dan dicaci, aku tetap kuat demi amanat yang kau tinggalkan pada aku dan keluarga bang. Damailah di sana dan tenanglah di sana,” katanya.

Pemilik nama Syed Ali Mubarrak Syed Mohd Ridzuan ini berkongsi luahan itu dengan memuat naik foto bersama arwah Abam di Instagram.

Saat adikmu berada sebaris denganmu, kau pergi tinggalkan aku bang.
ALI PUTEH, PELAWAK

Pada 10 Februari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Abam daripada kumpulan lawak Bocey meninggal dunia selepas dua hari mengalami demam panas.

Selepas seminggu kematian Abam, kontroversi melibatkan Ali dengan kakak iparnya iaitu Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mula tercetus.

Gara-gara kontroversi itu, Ali mendedahkan dia menerima lebih 700,000 mesej peribadi berbentuk kecaman di laman Instagram.

Dalam pada itu, Ali menganggap pemergian abangnya seperti kehilangan seorang kawan yang sentiasa berada disisinya.

“Hilang teman, hilang kawan ketawa, hilang kawan bergaduh, hilang kawan bergurau, hilang kawan menangis dan hilang susah senang bersama.

“Kau insan yang bernama seorang abang! Jujurnya aku sangat merindui kamu wahai abang.

“Saat adikmu berada sebaris denganmu, kau pergi tinggalkan aku bang,” ujarnya.

Sumber : mstar online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *