ISU SEMASA

“Anwar memang ‘gila-gila’ nak jadi Perdana Menteri Malaysia ” – Tun Mahathir

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi Perdana Menteri kerana tidak ramai yang menyokongnya.

Mahathir berkata demikian dalam satu mesyuarat tertutup Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Ahad, yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Parti Amanah Nasional (Amanah).

“Anwar ni memang dia gila-gila nak jadi Perdana Menteri. Dia tak boleh jadi (Perdana Menteri). Entah macam mana, kalau dulu ramai sokong dia, sekarang ini ramai sokong saya.”

Dr Mahathir menjelaskan, apabila beliau meletakkan jawatan, langkah itu membolehkan Anwar untuk bertanding.
“Tetapi kalau orang hendak saya bertanding, saya bertanding. Kalau saya dapat lebih (sokongan), saya baliklah,” ujarnya.

Dr. Mahathir mengulas lanjut dengan menerangkan bagaimana perancangannya untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri di tengah-tengah krisis itu telah digagalkan oleh Anwar.
Menurut Mahathir, Anwar telah mendapat sokongan daripada ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk menamakannya (Anwar) sebagai calon Perdana Menteri apabila mereka ditemu ramah oleh Yang di-Pertuan Agong pada Rabu lepas.

“Jika tidak, saya sudah dapat 92 undi (sokongan ahli Parlimen). Saya boleh dapat lagi 60 undi, dan boleh dapat majoriti.

“Jadi kerana dia (Anwar) tuntut untuk menjadi calon, walaupun dia sepatutnya tahu dia tidak boleh dapat (sokongan majoriti).

“Dia tuntut nak jadi calon (perdana menteri). Orang macam tu percaya benda tak betul, sebab dia nak (jadi) Perdana Menteri,” kata Mahathir.

Anwar dan PH hanya kembali menyokong Mahathir pada petang Jumaat selepas Muhyiddin berjaya mendapat sokongan sebahagian besar ahli Parlimen Bersatu untuk bekerjasama dengan UMNO, Pas, dan beberapa parti lain.

Tan Sri Muhyiddin Yasin selamat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara pada pagi Ahad.

Sumber : astro awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *