ISU SEMASA

Dr M senaraikan sokongan 114 MP, mahu serahkan pada Agong

Perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad malam ini mengeluarkan senarai 114 ahli parlimen yang menyokongnya dan sedia menjelaskan sokongan yang diterimanya kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Buat masa ini saya telah mendapat sejumlah 114 ahli parlimen yang menyokong saya sebagai perdana menteri ke-8.

“Saya telah menyediakan surat untuk dihantar kepada Agong yang menerangkan kedudukan perkara ini serta sokongan 114 ahli parlimen yang diberikan kepada saya.

“Saya berharap pihak Tuanku DYMM Yang di-Pertuan Agong akan menerima surat dan penjelasan saya,” katanya dalam kenyataan media malam ini.
Dalam kenyataan itu juga, Mahathir yang merujuk dirinya sebagai pengerusi Bersatu berkata beliau dan lima ahli parlimen partinya yang lain tidak bersetuju dengan pelantikan Muhyiddin Yassin.

Lima ahli parlimen Bersatu yang disenaraikan itu ialah Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Eddin Syazlee Shith (Kuala Pilah).

Sementara itu, selain ahli-ahli parlimen dari PKR, DAP, dan Amanah sedia ada yang memberi sokongan pada Mahathir, senarai itu juga menampilkan beberapa nama ahli parlimen lain.

Antara nama lain yang mencuri tumpuan ialah Jeffrey Kitingan (Keningau) dan Richard Riot (Serian) yang disenaraikan di bawah PKR.

Selain itu, turut disenaraikan ialah Maximus Ongkili (Kota Marudu) dari Gabungan Bersatu Sabah, calon bebas Baru Bian (Selangau), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Masir Kijat (Sri Aman).

Senarai penuh adalah seperti di bawah.

sumber : malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *