ISU SEMASA

Tommy Thomas letak jawatan sebagai Peguam Negara

Peguam Negara (AG) Tommy Thomas telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, menurut satu laporan berita.

Dihubungi oleh Malaysiakini untuk pengesahan itu, beliau menjawab: “Ya.”

Memetik sumber, The Edge berkata Thomas mahu meletak jawatan ketika Mahathir masih mengetuai negara.

Mahathir melantiknya untuk penggal selama dua tahun pada 4 Jun, 2018. Ia dijadualkan berakhir pada bulan Jun.

The Edge juga melaporkan bahawa adalah tidak jelas apa yang akan berlaku dengan kes-kes ini yang dikendalikan oleh Thomas seperti skandal 1MDB yang melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Sumber : malaysiakini

Artikel lain

Muhyiddin mendahului, BN dan PAS isytihar sokongan

Dikemas kini dengan pendirian MCA dan MIC.
Muafakat Nasional petang ini mengubah pendirian dengan mencalonkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri kelapan.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.
“Ini bermakna seramai 57 ahli parlimen Umno dan PAS memberi sokongan penuh kepada YB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin,” menurut kenyataan itu.

Kepupusan terbaru itu dibuat selepas Yang di-Pertuan Agung hari ini bertitah akan meminta pencalonan perdana menteri selepas tiada pihak mendapat majoriti jelas.

Muafakat Nasional sebelum ini mahu parlimen dibubarkan.

Muhyiddin setakat ini turut memperoleh 36 sokongan – daripada anggota parlimen partinya (termasuk dipercayai kem Azmin Ali).

Dalam perkembangan terkini, MCA dan MIC juga menyatakan sokongan pada Muhyiddin. MCA mempunyai dua anggota parlimen manakala MIC satu kerusi dalam Dewan Rakyat.

Jika PBRS juga menyokongnya, Muhyiddin selamat dengan sokongan 97 anggota parlimen.

Anwar, pesaing terdekat Muhyiddin, kini hanya mendapat sokongan 92 wakil rakyat Pakatan Harapan.

Dengan keadaan sekarang Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan 18 kerusi dilihat berpotensi menjadi kingmaker (penentu), sekali gus menamatkan krisis politik sekarang.

Setakat ini, usaha Perdana Menteri Sementara Dr Mahathir Mohamad membentuk “kerajaan tanpa parti politik” juga dilihat telah menemui jalan buntu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *