ISU SEMASA

“Tolonglah Tun, jangan khianati rakyat” – Khalid Samad

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) merayu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menghormati kedaulatan undang-undang.

Katanya, Dr Mahathir tidak sepatutnya mengakhiri legasi beliau sebagai Perdana Menteri dengan mengkhianati rakyat selepas memenangi hati mereka.

“Tolong Tun, jangan mengkhianati kami dan negara. Anda fikir apa yang anda lakukan adalah yang terbaik untuk negara tetapi sebenarnya tidak,” katanya menerusi Twitter.

Tetapi dalam ciapannya terdahulunya, Khalid berkata, biar Pakatan Harapan ‘mengakhiri’ apa yang telah ‘dimulakan’ oleh Dr Mahathir.

“Biar kami meneruskan mandat 2018 untuk PH untuk mentadbir dan membersihkan pentadbiran daripada segala bentuk rasuah bagi menjadikan Malaysia hebat semula. Fikirkan cucu-cucu kamu.

“Tolong Tun, serahkan kehendak rakyat. Sudah masa untuk melepaskannya,” tambahnya.

Semalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berpendapat tidak wajar Dr. Mahathir mendahului titah Yang di-Pertuan Agong berhubung pembentukan kerajaan baru.

Lantaran itu, PH menyifatkan pengumuman Perdana Menteri Interim (sementara) memanggil sidang Parlimen untuk memilih Perdana Menteri adalah mencabar hak dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

Majlis Presiden PH berpendirian bahawa hak dan kuasa melantik seseorang Perdana Menteri terletak di tangan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, seperti yang termaktub di bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *