ISU SEMASA

Presiden PKR, Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kereta Lexus yang membawa Anwar tiba di pekarangan Istana Negara melalui pintu dua pada 2.30 petang.

Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan berhubung perkembangan politik semasa dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Anwar dipercayai tiba di Istana Negara dari ibu pejabat PKR di Petaling Jaya bagi menghadiri mesyuarat khas parti.

Pagi tadi, Anwar bersama Dr Wan Azizah dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga sempat mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di The Mines.

sumber : harian metro

11 ahli Parlimen PKR keluar parti

SERAMAI 11 Ahli Parlimen PKR mengumumkan keluar dari parti itu dan Pakatan Harapan bagi membentuk blok bebas di Parlimen.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu, antara nama yang meletakkan jawatan ialah Ahli Parlimen Gombak terbabit.

Selain itu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Selangau Baru Bian.

Turut keluar dari parti berkenaan ialah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Kamaruddin Jaffar, Ahli Parlimen Nibong Tebal Datuk Mansor Othman dan Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Rashid Hasnon.

Selain itu, Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr Santhara Kumar, Ahli Parlimen Seratok Ali Biju, Ahli Parlimen Puncak Borneo WIllie Mongin dan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin.

Sumber : harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *