ISU SEMASA

Suasana sayu seakan bersedih selubungi majlis solat hajat rumah Anwar

Kira-kira 100 orang penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat hadir di kediaman Presiden PKR di Segambut malam ini.

Kehadiran itu dijangka semakin meningkat ekoran desas-desus penubuhan kerajaan baharu gabungan PPBM dan pembangkang hari ini yang secara tidak langsung membelakangnya.

Rata-ratanya kelihatan sayu seolah-olah bersedih.

Sebahagiannya hadir bagi menyertai Majlis Zikir Nuril Anwar yang memang diadakan setiap kali Ahad di kediaman Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Selain itu, malam ini tetamu khas majlis berkenaan ialah Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Selain solat Mahgrib dan Isyak berjemaah, bacaan bacaan Yasin dan solat hajat juga diadakan.

Tazkirah juga dilakukan oleh Wan Salim dan Anwar.

Bagaimanapun tidak ada sebarang ucapan atau perhimpunan diadakan di kediaman Anwar berkenaan tindakan mengemparkan sebahagian parti politik itu setakat ini.- MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *