Umum

Ibu dan ayah tolak keras cdangan nikah gntung, Akhirnya kami buat sesuatu tanpa pengetahuan keluarga.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih.

Salam.. Kebahagiaan itu Milik Allah.. salam semua.. sekadar ingin berkongsi cerita… diharap cerita saya dapat di jadikan teladan buat anak2 muda.. pada tahun 2011, ketika saya masih berada di universiti untuk menghabiskan degree saya, saya ada berkenalan dengan seorg lelaki (saya nama kan dia sebagai F) yang merupakan pelajar perubatan.

beza umur kami 4 tahun. semuanya indah ketika bercinta.. sampailah kami rasa banyak melakukan dosa ketika couple. couple kan berdosa. jadi kami mengambil keputusan untuk berkahwin (walaupun tak ada duit dan masih belajar). asyik terikut ikut budaya ‘nikah gantung’ dengan niat berkahwin dan tidak mahu terus melakukan maksiat..

Si F datang berjumpa mak ayah saya dan menyatakan niat untuk bernikah gantung. tiada kenduri, hanyalah akad nikah (secara tertutup) dan hanya dihadiri keluarga. tiada nafkah yang akan diberikan buat si isteri dan segala keperluan si isteri masih dibawah tanggungan keluarga.

cuma bezanya hubungan kami akan halal. tapi mak dan ayah tidak bersetuju kerana nikah gantung dilihat akan membuatkan si suami tidak bertanggungjawab atas isteri dan hanya ingin sedap sahaja. kami berdua kecewa dengan keputusan mak ayah saya. jadi kami membuat keputusan untuk nikah di siam senyap2 hanya diketahui oleh kawan baik saya dan kakak saya, itupun selepas kami bernikah. selepas seminggu bernikah, semuanya dilihat baik2 sahaja. semua rahsia disimpan rapi oleh kami berdua.

selepas sebulan bernikah, mulalah timbul pergaduhan. kami tinggal berasingan kerana masih belajar. cuma sebulan sekali jumpa dan tinggal di hotel 1 malam. betullah orang kata, bernikah dengan membelakangi orang tua dan tanpa restu ibu bapa, memang rumah tangga tak kan bahagia.

macam2 F lakukan pada saya. dia menolak hak saya, saya minta nafkah rm 50 sebulan. hanya bulan pertama di berikan. bulan bulan seterusnya, dia mula maki, menjerit, mendera emosi dan fikiran saya. dia pernah lempar duit ke atas muka saya hanya disebabkan saya menuntut hutang RM 150 darinya.

Dia pernah menjatuhkan talak 1 ketika kami baru 3 bulan bernikah. pada bulan ke 5 pernikahan kami, hubungan kami makin teruk. pelajaran terganggu. setiap malam saya menangis. alhamdulillah, kawan baik saya sentiasa di sisi. dia banyak memberi semangat kpd saya.

pada 1 hari, Akibat terlalu tertekan saya drive sorang2 naik ke Genting untuk tenangkan fikiran saya tak minta izin dari F sebab dia dah banyak hari abaikan saya. call tak angkat, wassap tak reply. alasan sibuk belajar. balik dari genting, F call saya.

dia tanya saya pergi mana sebab saya tak agkat call dan balas mesej dia. saya cakap saya naik Genting untuk tenangkan fikiran. dia tuduh saya naik dengan lelaki dan ketika itu juga dia lafazkan cerai talak 2.

ketika dalam tempoh edah, si F berkata dia tidak berniat untuk rujuk dengan saya dan sedang dalam hubungan dengan seorang perempuan jurusan yang sama dengannya. sejak dari itu, saya sedar selama ni, saya di permainkan oleh jntan tak guna seperti si F.

mudahnya jatuhkan talak dan mudahnya cinta beralih pada perempuan lain. saya dekatkan diri dgn Allah, abaikan semua mesej dari F, dekatkan diri dengan keluarga, tumpukan perhatian pada study. mudanya saya menjadi janda, iaitu ketika baru berumur 20 tahun.

Allah maha Hebat, Dia temukan saya dgn suami pada ketika saya berumur 23 tahun. berkawan 10 bulan, terus bernikah. kali ini dengan restu ibu bapa dan kenduri diadakan besar besaran. alhamdulillah, suami saya sempurna segala galanya.

dia juga seorang doktor. dari keluarga yang baik2. sangat2 bertanggungjawab walaupun sibuk dengan kerja, baik budi pekerti, hormat orang tua, lemah lembut sangat. tahun ini masuk 3tahun usia perkahwinan kami, dikurnikan seorang anak lelaki berusia 1 tahun 2 bulan.

Allah juga kurniakan saya mak ayah mertua yang sangat baik, tak dapat nak ceritakan semua kebaikan mereka, hanya Allah saja yang tahu. saya sangat bahagia dengan apa yang Allah berikan pada saya. tak semua orang dapat merasakan bahagia sepertimana yang saya rasakan.

saya bersyukur Allah temukan saya dengan suami saya sekarang. atas segala keperitan yang pernah saya lalui sebelum ini, dengan penuh kesabaran dan kuat pegangan pada kehebatan Allah, Allah kurniakan segala gala yang saya tak pernah bayangkan.

saya doakan semua pasangan yang membaca ketika ini, juga dikurniakan kebahagiaan dalam rumah tangga. walaupun masih panjang perjalanan kehidupan rumah tangga kami, saya harap semua dapat mendoakan kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat. semoga cerita saya dapat dijadikan pengajaran buat anak2 muda yang mahu bernikah dengan membelakangi keluarga.

perkahwinan bukan mainan. perkahwinan penuh dengan tanggungjawab dan belas kasihan pada pasangan. perlunya give dan take. fikirlah sebaiknya sebelum melangkah ke alam perkahwinan. tolonglah jangan terikut2 dengan budaya kahwin sebab nak jauhi maksiat.

betulkan niat utama untuk berkahwin. restu dan doa mak ayah adalah kunci utama kebahagiaan rumah tangga. Kepada yang pernah gagal dalam perkahwinan, sesungguhnya bahagia itu milik Allah. yakinlah dengan sepenuh keyakinan pada Allah, pasti Allah temukan bahagia buat anda.. maafkan saya jika ada perkataan atau bahasa yang menyinggung mana2 pihak. semoga dapat dijadikan teladan. tq. wsalam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *