Umum

Pesanan terakhir aruwah Lok U untuk anak.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih.

PEMERGIAN Allahyrham Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok U mengejutkan ramai pihak terutamanya ahli keluarga yang mengakui pemuzik itu tidak pernah mengalami sebarang penyakit.

Anak sulungnya, Adam Danial, 20, berkata, aruwah merupakan seorang yang menjaga kesihatan dan pemakanan.

“Saya sangat terkejut sampai tak dapat nak rasa apa-apa. Amat berat untuk diterima. Sepanjang perjalanan saya dari kolej di Kuala Pilah, saya rasa sedih sampai tak boleh nak berhenti menangis. Rasa hilang tempat untuk saya meluahkan segalanya.

“Dia selalu pesan kepada saya agar jadi anak yang berguna kerana suatu hari nanti saya anak sulung dan akan jadi ketua keluarga.

“Aruwah ayah sebelum ini tak pernah sakit sebab dia seorang yang menjaga kesihatan. Dia akan ke gim, jaga makan dan tidak merokkok. Cuma keputusan bedah siasat itu saya tak boleh nak beritahu sekarang,” ujarnya kepada mStar.

Jenzah Lok U selamat dikebumikan pada malam Rabu.

Allahyrham Lok U mennggal dunia selepas mengalami sessak nafas dan rebah di rumahnya, di Puncak Jalil, Seri Kembangan kira-kira pukul 11 pagi selepas pulang daripada melakukan aktiviti joging.

Bercerita lanjut mengenai bapanya itu, Adam menyifatkan, bapanya seorang yang penyayang dan suka berjenaka.

Malah, waktu makan bersama keluarga adalah antara kenangan yang paling dirinduinya.

“Aruwah ayah selalu beri motivasi kepada kami untuk jadi orang yang berjaya, ubah mentaliti antara pesanan dia yang saya ingat sampai sekarang.

“Antara momen yang paling saya ingat ketika di meja makan, dia selalu puji masakan umi. Kenangan kami makan bersama antara yang paling saya rindukan sekarang

“Kali terakhir perbualan kami di Whatsapp. Ketika itu dia ada menghantar paparan skrin yang memberi pesanan motivasi kepada saya,” katanya.

Ayah selalu beri motivasi kepada kami untuk jadi orang yang berjaya dan ubah mentaliti.ADAM DANIAL ANAK ALLAHYRHAM LOK U.

Terdahulu, jenzah Allahyrham di hantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum disembahyangkan di surau Al- Falah, Puncak Jalil dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 kira-kira pukul 9.15 malam Rabu.

Lok U yang berusia 46 tahun meninggalkan seorang isteri, Jamariah Yusof dan empat orang anak, Adam Danial, 20, Faris Danial, 18, Ahmad Firhan Danial, 15, dan Yasmin Damia, 13.

Beberapa penyanyi iaitu Hazama, Akim, Datuk Ramli MS, Shah Slam, Apex Mentor, Fad Bocey dan Datuk Nash turut kelihatan hadir memberi penghormatan terakhir.

Allahyrham merupakan salah seorang juri profesional yang mengadili semi final Muzik-Muzik 34 (SFMM 34) yang berlangsung pada November tahun lalu.

Aruwah juga pemuzik yang disegani  dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *