Umum

“Sy diuji dgn kesusahan, auntie diuji dgn kemewahan” – Peringatan Puteri Ballqis pd Nabilla Huda.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.PELAKON Puteri Balqis meluahkan rasa kesal dengan kenyataan aktres Nabila Huda apabila mempersoalkan tanggungjawab ibunya Norashikin Mohd Aziz yang membiarkan remaja itu menjual buku di jalanan.

Puteri Balqis atau Aqish, 13, menerusi Instagram menjelaskan ibunya bukanlah seburuk yang disangka aktres berkenaan, malah wanita itu sudah berkorban segala-galanya untuk membesarkan dan menanggung kos perubatan sepanjang dia terlantar sakit.

Katanya, tindakannya untuk mengikut ibunya menjual buku di sekitar Kuala Lumpur adalah atas kehendak sendiri.

“Puteri sedih, buat auntie Nabila Huda… Puteri minta jangan persoalkan ibu Puteri, laman media bukan untuk itu.

“Kenyataan auntie tentang kenapa biarkan Puteri jalan ke KL jual buku ini jawapannya. Ibu sudah habis puluhan ribu ringgit untuk selamatkan Puteri, mana saudara? Mana kawan? Mana keluarga?”

“Ibu tak pernah biarkan Puteri bekerja, tapi Puteri yang paksa untuk mengikutnya. Terus terang di KL ibu yang meniaga. Puteri masih ada perasaan kasihan melihat ibu,” ujarnya.

Pada Selasa, Nabila Huda menerusi laman Twitter mempersoalkan tanggungjawab ibu bapa Puteri Balqis yang mampu untuk bekerja menanggung kehidupan remaja itu.

Ibu tak pernah biarkan Puteri bekerja tapi Puteri yang paksa untuk mengikutnya. PUTERI BALQIS, PELAKON

Dalam pada itu Puteri Balqis berkata, biarpun diuji dengan kesusahan namun ibunya tidak pernah berhenti bekerja.

Malah, dia tidak lupa bersedekah dan membayar semua duit bantuan yang dihulurkan kepada mereka.

“Ibu merupakan satu-satu ahli keluarga yang tidak pernah berhenti bekerja. Daripada dulu pun selalu buat macam-macam… di set penggambaran pun masih jual asam jeruk.

“Tapi belum diizinkan lagi untuk dia berjaya seperti auntie. Ujian Puteri diberikan kesusahan dan ujian auntie diberikan kemewahan.

“Mungkin ada eloknya kami tidak aktif di laman sosial supaya kami jauh daripada memf1tnah manusia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Puteri Balqis turut menafikan dakwaan ibunya seorang penagih dadah seperti yang dilemparkan seorang individu dipercayai ahli keluarga mereka sendiri.

Katanya, ibunya kurus berikutan tidak cukup tidur dan mengalami tekanan perasaan berikutan berdepan pelbagai masalah hidup.

“Puteri tahu apa itu dadah. Kadang-kadang waktu kami berjalan pada awal pagi, kami sering ditahan polis tapi ibu dilepaskan kerana tidak mengambil d4dah.

“Fizikal ibu kurus kerana tidak makan, tidak cukup tidur dan depression. Sewaktu Puteri sakit ibu tidak tidur kerana takut Puteri sakit ketika tidur,” ujarnya.

Sementara itu Puteri berkata, dia juga tidak mahu berada dalam industri seni dan berasa lebih tenang tanpa berdepan dengan golongan tersebut. Sumber mstar

Komen warganet

Aku rase better balqis ttup akaun jak. Balqis dalam kesusahan, ditmbh lgi kesusahan mcm nie. Dgn tduh mak dia mkan dad4h lah, tduh mak dia ada bf baru.. Bgus lagi balqis jauhkn diri dri media sosial. Tkut nnt qish mkin skit nnt.

Artikel berkaitan: Anggap Seperti Anak Sendiri, Nabila Huda Mohon Masyarakat Beri Kata-Kata Semangat Buat Puteri Balqis

Siapa sangka, pelakon cilik Puteri Balqis, yang pernah mencuri perhatian masyarakat suatu masa yang lalu, kini berhadapan dengan kehidupan yang sukar apabila terpaksa menjual buku tulisannya demi menampung perbelanjaan harian.

Keperitan hidup yang dilalui Pelakon Wanita Terbaik Drama ini, ternyata mencuri perhatian masyarakat apabila dia muncul di program Bersamamu pada 12 Januari lalu. Selain masyarakat, golongan selebriti seperti Nabila Huda turut memberi kata-kata semangat buat Balqis selepas mengetahui keadaannya ketika ini.

Menerusi laporan Berita Harian, Nabila Huda meluahkan perasaan sedih sebaik sahaja mengetahui kehidupan dan kesusahan Puteri Balqis sekarang ini. Menurutnya, dia berharap masyarakat akan memberi kata-kata semangat buat Balqis agar dia kuat dan bangkit selepas ini, walaupun diuji dengan penyakit berkaitan jantung.

Saya sedih melihat Balqis dalam hidup begitu. Bukannya kita tidak tahu, Balqis pelakon berbakat. Saya percaya pasti banyak syarikat produksi yang mahu menawarkan dia berlakon. Siapa yang tidak mahu memanggil pelakon berbakat seperti Balqis? Jarang kita tengok pelakon cilik sehebat dirinya.

Mungkin ketika sakit, Balqis agak senyap. Jadi, tiada ‘update’ atau perkembangan mengenai dirinya. Saya fikir mungkin ada yang menghulurkan bantuan, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Saya harap semua orang beri semangat untuk Balqis terus bangkit. Dia adalah pelakon yang mempunyai masa hadapan yang cerah.

Selain bersimpati dengan nasib yang perlu ditempuhi oleh Balqis, Nabila turut memuji bakat dan skil lakonan yang ada dalam diri pelakon cilik itu. Tambahnya, tidak semua remaja yang seusia dengan Balqis mempunyai bakat sehebat itu.

Pernah bergandingan dalam drama rantaian Akulah Balqis terbitan TV3, Nabila menganggap Balqis seperti anaknya sendiri. Malah, dia turut mengambil berat mengenai pelakon itu sejak berlakon bersama. Terdahulu, Nabila dan beberapa orang selebriti seperti Sharifah Sakinah dan Jihan Muse pernah mengadakan jualan barangan terpakai atau ‘preloved’ bagi membantu Balqis. Malangnya, hubungan mereka terputus seketika.

Kami berjaya mengumpul RM2,500 dan diserahkan kepada Balqis secara berperingkat ketika itu. Kami tidak serahkan secara penuh kerana mahu memastikan Balqis ada wang setiap bulan. Saya fikir mungkin menjual buku adalah cara dia berusaha dan saya menghormatinya. Namun, kalau mahu diikutkan, bukannya Balqis tiada bakat, apatah lagi masih muda dan ada hadapan yang cerah. Banyak perkara boleh dilakukannya. Saya tidak mahu Balqis membuang masa remajanya. Saya berdoa agar Balqis mendapat kebahagiaan dalam hidup dan sukses dalam apa sahaja perkara diusahakannya.

Mengenai kisah Balqis menjual buku, Nabila menganggap ianya adalah usaha Balqis. Pada masa yang sama, dia berdoa agar usaha Balqis membuahkan hasil dan memberi kebahagiaan buat dirinya dan ibu tercinta. Sumber: Berita Harian, Nabila Huda & Harian Metro

Komen warganet

Rasanya mak aqish kena belajar sesuatu yg baru, cthnya belajar menjahit, atau buat kek…boleh bekerja dan berniaga dari rumah…pendapatan pun lumayan bila dah org kenal….apatah lagi skrg memang dah d kenali

pelik lak tgok dok jual buku cara mcm tu. lagi pn bukan semua kenal aqis. target costumer yg suka baca poem pn pyh cari camtu. jual kt fb n ig la senang. mana tau boleh sold out kerana rakyat malaysia memang suka menolong

Jual buku dari rumah pun boleh. Guna FB. Sambil itu boleh buat Kek. Kuih. Sambal. Kerepek. Jual Online. Tidak perlu heret anak ke hulu hilir berhujan panas. Lagi teruk sakit. Mesti kawan2 Artis sokong beli. Ada modal sikit dari derma beli Moto Y15. Buat Grab Food.

yang bapak mana? lepas anak sakit dan tak dpt berlakon lg menjana pendapatan keluarga terus angkat kaki tinggal kan keluarga? …apa punya makbapak la anak pulak tukang cari duit… sampai sakit2 budak tu dibuatnya…hanat punya bapak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *