Umum

‘Ajiim saawan yang tiada pghujungnya’ – Ibu Luah kisah anaknya buat ramai Sbak.

Mari Baca perlahan-lahan dan ambillah PENGAJARAN apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Assalamualaikum semua saudara2 dan shbt2 saya di dlm ruangan ni. Seminggu anak sy Muhammad Dayyan Hazim (ajim) yg berumur 1 tahun 8 bulan meninggalkan saya untuk kembali kepada Allah swt.

Hari ni sy diberi kekuatan olehNya utk menceritakan detik sebelum anak sy kembali ke rahmatullah dan menitipkan pesan buat semua. Sygnya kami sekeluarga pd ajim Allah sj yang maha mengetahui.

31/12/2019- anell abg kepada ajim demam pada paginya dan suhunya mendadak naik sehingga 39 degree pd sebelah petang dan malam. Demam x kebah2 walaupun diberi ubat. Saya bwk anell ke hospital temerloh untuk mendapatkan rawatan jam 12 tgh malam.

Setelah dar4h diambil, doktor di hospital temerloh mengesahkan yang anak sy tiada jangkitan kuman dan disuruh balik. Subhannallah, saya bgtau kepada doktor tersebut anak sy sering sakit perut dan demam beliau x kebah2 walaupun diberi ubat demam.

Malahan ubat demam yang diberi di hospital juga tidak memberi kesan untuk menyembuhkan demam beliau.. doktor tetap arahkan sy untuk balik dan kerap membasahkan badan anak sy dengan air..

Allahuakbar..huhuhu…dengan sedikit kekecewaan sy bawak anak saya balik. Sampai rumah jam 6 pagi.. saya dan isteri sering basahkan badan anak tetapi seperti meletakkan air di atas cerek panas.. huhuhuhu…x mampu untuk menurunkan suhu.

Jam 8 pagi skli lagi saya bawak anell ke primamedik temerloh dan menceritakan semuanya termasuk darah telah diambil di hospital temerloh. Doktor di primamedik kemudiannya mengambil sample hingus untuk dibuat ujian influenza. X syak lg bhwa anell dijangkiti influenza A. bayangkan begitu sedih sy dengan fasiliti hospital kerajaan yg sgt menyedihkan x mampu mengesahkan anak sy menghidap influenza A.

Dengan surat rujukan dari primamedik sy bawak anell terus ke kuantan medical centre (KMC). Bayangkan shbt2 semua, saya x dapat bagi tumpuan pd ajim sepanjang masa tu dan x pernah berjumpa dia dari 1 januari 2020.

Allahuakbar.. saya lebih memberi tumpuan kepada anell kerana dia demam teruk.. saya sgt3 sedih sehingga skrg bila terkenangkan semua ni.. saya berada di KMC bersama anell dan umi menjaga ajim dan along di rumah.

2/1/2020 – pd sebelah malam umi bgtau sy yang ajim demam.. saya hanya memikirkan yang ajim hanya demam biasa sbb beliau kebah slps tu. Pada sebelah pagi 3/1/2020 ajim demam balik dan saya bgtau umi supaya bwk ajim ke primamedik sbb dah tahu sgt dengan prosedur hospital kerajaan kalau baru demam mmg disuruh balik tnpa ambik darah untuk pemeriksaan detail.

Saya bgtau umi untuk mintak doktor di primamedik buat influenza test. Alhamdulillah negatif. Ajim sgt aktif sehingga sy n isteri mmg tdk dapat mengesan langsung sama ada ajim tgh sakit atau pun tidak.

Tapi, umi bgtau ajim selalu sakit perut. Umi bwk ajim balik rumah berbekalkan ubat demam jenis cecair dan sub serta antibiotik. Selepas jumaat umi call saya bgtau demam ajim naik dengan mendadak…

Allahuakbar…ajim dimandikan dengan air lemon tapi masih x kebah2. Umi bgtau yang dia nak masukkan sub dan sy pun setuju… slps masukkan sublah ajim sawan yang tiada penhujungnya… huhuhuhu..Allahhh…dlm keadaan bercelaru umi ditemani oleh dua org staff sy bwk ajim ke emergency hospital jengka.. pada ms yang sama sy terus bergegas balik dari kmc bersama anel walaupun anel masih x sihat.

Berita yg sgt menyedihkan saya terima dalam perjalanan bhwa ajimm semakin kritikal dan terpaksa dihantar ke hospital temerloh. Bayangkan shbt2ku, ajim kritikal dengan hanya demam satu hari saja.. Allahuakbar…lemah seluruh tubuhku..

Allah sj yang tahu..spnjg perjalanan air mata mengalir mengenangkan anak aku yg masih kecil.. aku smpi di hspital jengka dan x dibenarkan masuk tgk ajim sbb masih dirawat.. Allahhh… hanya Engkau saja yang tahu perasaanku pd ketika itu.. dari jauh sy tgk ajim terbaring kaku dah x dapat melihat sy malah bergerak pun x boleh..mulut diikat sebab sawan.

Allahuakbar…anak saya terus dibawa ke hospital temerloh..di zon kritikal hospital temerloh doktor pakar memaklumkan kepada yang anak sy sgt kritikal terpaksa dipantau 24 jam…

Slepas city scan anak sy dimasukkan ke icu..huhu…saya dalam keadaan sgtttt sedih terpaksa bwk balik anell ke KMC…huhu…dan saya terpaksa mintak anell dipindahkan ke hospital temerloh..

sy pendekkan cerita dengan keadaan ajim yang sgt kritikal, ajim pergi meninggalkan kami pd 6/1/2020 jam 7.11 am.. walaupun saya n isteri sgtttttt sygkan ajim tapi kami redha yg Allah lebih sygkannya..huhu..

kami tahu bahawa Allah akan menempatkan ajim di tempat yang paling tinggi iaitu Syurga Allah. Ajim dikebumikan di tanah perkuburan Islam jengka 18 pada hari yang sama.

Saya titipkan kisah ini adalah sebagai kenangan buat saya dan isteri di alam maya ini dan sy ingin menyampaikan pesan buat semua yang membaca kisah sy ini… jgnlah abaikan anak kita walaupun demam sedikit..

kita x tahu apa yang mereka tanggung masa tu…tlglahhhh bg tumpuan penuh pada anak2… Alfatihah (dengan bacaan). Abi, umi, along n anell syggggg ajim sgt2..

Komen warganet.

sebab tu hoptal krajaan tak boleh ambil gmbar sebab sesetengah hosptal terutamanya luar bandar nnti kantoi membawang,tidur, sibuk makan.. nasib aku ada panel insuran dan company cover.

sama la anak sy demam dah masuk 3 hari dah …semalam saya bawa anak pergi hispitl dokter ambik drah semua ….keputusan drah semua ok tiada ada apa masalah …..tapi anak still demam panas jugak badan ….sy tdak puas hati sbb tengok anak badan suhu badan anak naik ke 38.6..terus sy bawa balik pergi hospitl malam ni…lepas tu dokter cakap masih keadaan yang sama.

Ambik drah pun sudah …lepas tu dia cakap kena sabaqlr terus dia cakap boleh balik ….sebab takde ada apa yang nak di cek nya ….dengan keadaan hampa dan hanncur hati saya …saya minta dkt dokter tu ubat antibaotik …..sampai macam tu ….naya anak saya ….makn ubat 4 jm badan dok panas garing.

Innalillahiwainailahirojiun…..saya dpt merasa apa yg dirasai..sbb saya juga telah kehilangan putera saya pada bulan jun lalu….Allah saja yang mengetahui macam mana remok hati.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *