Umum

Tak perlukan ribuan ringgit untuk berfesyen – Faezah Elai.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih.

Wajah Faezah Elai kian jarang muncul di kaca TV sejak kebelakangan ini. Sedikit pengenalan kepada pelakon cantik berasal dari Gelugor, Pulau Pinang ini, nama sebenarnya ialah Noor Faezah binti Md Elai. Dia dilahirkan pada 16 Ogos 1982.

Sumber Instagram.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Faezah sebenarnya mempunyai darah kacukan Punjab dan juga Thailand. Dalam kerjaya seni, dia mula muncul menerusi lakonan arahan Abdul Razak Mohaideen menerusi filem Otai.

SEJAK BERTUDUNG, PEMILIHAN PAKAIAN LEBIH BERHATI-HATI.

Sejak dari itu, dia mula berjaya mengembangkan bakat lakonan dalam pelbagai drama dan telefilem. Pada tahun 2011, dia mengejutkan ramai peminat apabila mendirikan rumah tangga dengan seorang pengarah iaitu Heykal Hanifah.

Penampilan aktres ini mula berubah sejak beberapa tahun yang lalu apabila memutuskan untuk berhijab. Setelah itu, dia mula menitikberatkan gaya penampilan agar tidak bertentangan dengan imej sebagai artis bertudung.

Sumber Instagram.

Semalam, Faezah Elai menarik ramai pihak dalam memberi pandangan dalam penggayaan fesyen. Jelasnya, fesyen itu tidak dinilai berdasarkan material mahupun kemewahan yang terletak pada tanda harga pakaian.

FESYEN ADALAH APABILA KITA RASA SELESA.

“My 2019 fashion style. I studied fashion dulu. Fisrt thing I understand about fashion is that, u dont need to wear Prada, Chanel or Louis Vuitton to makes you look fashionable. Is how u carry out the design. Fashion means u feel comfortable and confident.”

“But sad pemahaman org kita, fashion means kena hi end ala2 omputih. Sampai kadang2 klu org luaq tgk, dia tk tau org yg pakai tu agama apa. I dont mean it has to be tudung labuh or pakai jubah, pakai seluaq or skirts, cause i dont judge people from what they wear.”

Sumber Instagram.

TAK GUNA PAKAI JUBAH TAPI TAK FAHAM RUKUN ISLAM.

“Islamnya seseorg itu terletak pada Rukun Islam dia, bukan baju dia, klu semua aurat tutup sekalipon nampak mata ja, tp Rukun Islam pon tk penah buat, yg tu bukan islam, setakat pakai jubah and tudung labuh ke lutut, pompuan arab yg bukan islam pon pakai yg sama.”

“Cuma utk yg bertudung tu, bila org tgk, org tau hg tu islam. Tak kisah lah hg lilit tudung mcm mana pon. Contoh mcm hakak, walaupon hakak mcm Jessica Alba, tp mmg tau dh hakak muslim. Klu Trumph tgk dia tembak teruih. Walaupon langsung tk sempurna cara hakak tutup aurat.”

Sumber Instagram.

TAK PERLU JENAMA MAHAL.

“You know what i mean? Jgn salah paham pulak.. dont manipulate my words hokey. Moga kita teruih istiqomah. I just need @properhijab to look like Jessica Alba. I dont need LV, Prada or Fendi. Well well. Thank you so @properhijab. Satgi ni mesti ramai yg triggered ni. Ok bye.” Tulis panjangnya.

Kesimpulannya, itu lah yang dimaksudkan keindahan dalam agama setelah diri kita faham secara mendalam tuntutan yang dikenakan kepada umatNya. Semoga perkongsian Faezah ini menjadi contoh yang baik buat kita semua.

Sumber: Instagram Faezah Elai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *